SK Seksyen 20 tekad kekal rentak kemenangan

Pemain-pemain SK Seksyen 20 akan menyingkap tirai saingan peringkat kumpulan Piala Raja Muda Selangor berdepan SK Bukit Beruntung 2.
Pemain-pemain SK Seksyen 20 akan menyingkap tirai saingan peringkat kumpulan Piala Raja Muda Selangor berdepan SK Bukit Beruntung 2.
A
A
A

JUARA Piala Sumbangsih, Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20, Shah Alam tekad mengekalkan momentum kemenangan apabila menyingkap kempen peringkat kumpulan Piala Raja Muda Selangor 2024 berdepan SK Bukit Beruntung 2, Rawang di padang SK Perdana Jaya SS 19, Subang Jaya pada Isnin.

Penolong pengendali SK Seksyen 20, Nik Juhaidi Tarmizi Juhari mengakui kejayaan merangkul trofi Piala Sumbangsih sebelum ini merupakan tonik semangat buat pasukan dari Shah Alam itu mengharungi peringkat kumpulan.

Namun jelasnya, tumpuan pasukannya kini kembali dalam saingan Kumpulan A yang juga dihuni SK Taman Samudera, Batu Caves dan SK Taman Nirwana, Ampang dijangka lebih mencabar dan sengit

“SK Bukit Beruntung 2 merupakan pasukan luar Petaling yang baru menyertai kejuaraan ini buat pertama kali dan juga pertama kali betemu SK Seksyen 20.

“Biarpun gaya dan corak permainan pasukan lawan masih 'misteri', saya dan Muhammad Fadzli akan memastikan fizikal dan mental pemain-pemain SK Seksyen 20 bersedia meneruskan momentum kemenangan,” katanya kepada Sukan Sinar.

SK Seksyen 20 sebelum itu membuka Piala Raja Muda Selangor dengan merangkul Piala Sumbangsih selepas membelasah SK Seri Selangor, Subang Jaya, 6-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SMK USJ 23, Subang Jaya, pada Selasa lalu.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Mengenai kemenangan menjulang trofi Piala Sumbangsih, Nik Juhaidi mengucapkan syabas kepada pemain-pemain SK Seksyen 20, yang mana kemenangan 6-1 adalah hasil kerja keras dan disiplin tinggi semasa latihan yang dijelmakan dalam perlawanan sebenar.

“Pemain-pemain SK Seksyen 20 telah memperagakan semangat juang tinggi untuk memenangi perlawanan tersebut seterusnya trofi pertama buat pasukan,” katanya.

Sebagai rekod, Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Kejuaraan pembangunan bakat bawah 12 tahun ini terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

INFO

Piala Sultan Raja Selangor

ISNIN

KUMPULAN A

SK Seksyen 20 lwn SK Bukit Beruntung 2

SK Taman Samudera lwn SK Taman Nirwana

KUMPULAN B (Padang SK Sungai Buaya)

SK Kampung Jawa 2 lwn SK Leftenan Adnan

SK Seri Selangor lwn SK Tun Doktor Ismail

KUMPULAN C (Padang SK Seri Petaling)

SK Jalan 3 lwn SK Seri Petaling

SK Taman Sungai Besi Indah lwn SK Kebun Baharu

KUMPULAN D (Padang SK Sungai Lang)

SK Puncak Alam 3 lwn SK TUDM Subang

SK Johan Setia lwn SK Bandar Baharu Selayang 2

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!