Jejambat pusingan U bertingkat mampu selesai isu kesesakan di Melaka

Ab Rauf (tengah) dan Sulaiman (tiga dari kiri) ketika melancarkan Jalan Baharu Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram, Masjid Tanah pada Isnin.
Ab Rauf (tengah) dan Sulaiman (tiga dari kiri) ketika melancarkan Jalan Baharu Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram, Masjid Tanah pada Isnin.
A
A
A

ALOR GAJAH - Masalah kesesakan jalan raya yang berlaku di beberapa lokasi utama terutama pada waktu puncak di Melaka dapat diselesaikan menerusi projek pembinaan jejambat pusingan U bertingkat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pembinaan infrastruktur di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti mampu mengurangkan sehingga 70 peratus kesesakan yang berlaku.

Menurutnya, permohonan pertama berhubung masalah itu telah disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) agar pembinaan yang dirancang dapat direalisasikan setelah mendapat kelulusan oleh kerajaan pusat.

"Melaka telah membuat permohonan dan berharap pihak berkaitan mempertimbangkan untuk meluluskan bajet bagi membina 'elevated U-turn' di negeri ini.

"Sekiranya dapat dilaksanakan perkara ini dapat mengatasi isu kesesakan jalan raya. Terutama yang berlaku di Melaka pada waktu puncak," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Membina Jalan Baharu Dari Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram Masjid Tanah di sini pada Isnin.

Ab Rauf (tengah) ketika simbolik Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Membina Jalan Baharu Dari Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram Masjid Tanah pada Isnin.
Ab Rauf (tengah) ketika simbolik Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Membina Jalan Baharu Dari Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram Masjid Tanah pada Isnin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ibrahim Durum.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, satu kajian terperinci sedang dilaksanakan JKR bagi menentukan simpang ke kanan yang berpotensi untuk ditutup di sepanjang jajaran Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) bagi melancarkan aliran trafik.

Menurutnya, setakat ini enam lokasi telah dikenal pasti seperti di jajaran Ayer Keroh, Cheng dan kawasan berhampiran Masjid Al-Azim.

"Namun penyelarasan penutupan ini masih di peringkat kajian dan pelaksanaan kita akan dibuat secara berperingkat," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!