Buruh rompak wanita didakwa

Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, pada Isnin atas pertuduhan merompak secara berkumpulan dan bersenjata terhadap seorang wanita di sebuah rumah di Bunut Payong, awal tahun ini. Foto Hiasan
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, pada Isnin atas pertuduhan merompak secara berkumpulan dan bersenjata terhadap seorang wanita di sebuah rumah di Bunut Payong, awal tahun ini. Foto Hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan merompak secara berkumpulan dan bersenjata terhadap seorang wanita di sebuah rumah di Bunut Payong, di sini, awal tahun ini.

Mohd Zafrizar Ibrahim, 48, bersama yang masih bebas didakwa merampas dua rantai tangan dan satu rantai leher emas dianggar bernilai RM100,000 milik Hasni Mat Suji, 56, di rumah mangsa di Lorong Sekolah Kebangsaan Bunut Payong, di sini antara 3 hingga 4 pagi, pada 12 Januari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan [Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan dilakukan disifatkan serius.

Hakim Zulkifli Abllah menetapkan 24 Oktober depan untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!