Alasan tak tahu peraturan selepas 10 tahun bela ikan predator

Mohd Zolkafly bersama Mohd Ghazali (kanan) memeriksa sebuah premis yang dikesan menjual ikan larangan di Ipoh.
Mohd Zolkafly bersama Mohd Ghazali (kanan) memeriksa sebuah premis yang dikesan menjual ikan larangan di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Jabatan Perikanan Negeri Perak menyita 49 ikan larangan termasuk tiga aligator gar dianggarkan bernilai RM8,300 dalam satu pemeriksaan di sebuah premis ikan hiasan di Kampung Tawas di sini pada Isnin.

Pemeriksaan Operasi Pemutihan dan Kesedaran Ikan Larangan Di Premis atau Kedai Akuarium lkan Hiasan itu turut menemukan dua amazon redtail, 42 ikan bongkok atau geophagus dan seekor gulper catfish serta flower horn.

Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak menunjukkan dua ikan spesies amazon redtail yang disita dalam operasi pada Isnin.
Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak menunjukkan dua ikan spesies amazon redtail yang disita dalam operasi pada Isnin.

Pemilik premis berusia 40-an mengakui membela ikan predator tersebut sejak 10 tahun lalu dengan alasan tidak mengetahui peraturan yang ditetapkan sebelum dikenakan amaran.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, langkah proaktif itu diambil bagi mengawal sebarang aktiviti berkaitan dengan ikan larangan sejajar dengan Peraturan-Peraturan Perikanan (larangan import, dsb, bagi ikan) (Pindaan) 2024.

Mohd Zolkafly menunjukkan gulper catfish yang dipamerkan dalam di sebuah premis dalam pemeriksaan Jabatan Perikanan Negeri Perak pada Isnin.
Mohd Zolkafly menunjukkan gulper catfish yang dipamerkan dalam di sebuah premis dalam pemeriksaan Jabatan Perikanan Negeri Perak pada Isnin.

Menurut beliau, peraturan tersebut telah menyenaraikan 7 genus ikan larangan iaitu serrasalmus, serrasalmo/ pygocentrus/catoprian, pygopristis, colossoma/ piaractus, Mylossoma, Mylopus/ Myleus, pristobrycon dan myletes.

"Operasi ini diadakan bagi memantau premis atau kedai akuarium ikan hiasan yang menjalankan aktiviti mengimport, memiliki, menjual, menternak dan mempamer (5M).

Artikel Berkaitan:

"Di samping itu, program kesedaran mengenai pengurusan ikan larangan juga akan dijalankan serentak bagi memberi penerangan ringkas mengenai larangan aktiviti 5M ini sekaligus membantu untuk mendaftarkan premis mereka di bawah Jabatan Perikanan Malaysia melalui sistem eKanMAS.

"Premis akuarium ikan hiasan yang ada menjalankan aktiviti 5M adalah wajib berdaftar dan mendapatkan Sijil Kebenaran lkan Larangan daripada Jabatan Perikanan Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.

Hadir sama, Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap

Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak melakukan pemeriksaan kolam ikan di sebuah premis ikan hiasan di Ipoh.
Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak melakukan pemeriksaan kolam ikan di sebuah premis ikan hiasan di Ipoh.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zolkafly berkata, sebanyak 23 kali operasi pemantauan (Op Darat) dilaksanakan melibatkan 30 premis akuarium di seluruh negeri.

"Sebanyak 105 ekor ikan larangan berjumlah RM 4,700 telah disita dalam pemeriksaan itu. Ikan yang disita telah ditempatkan di Pusat menyelamat dibawah Jabatan Perikanan negeri untuk dilupuskan.

"Dengan adanya aktiviti penguatkuasaan yang berterusan, diharapkan lebih ramai orang dari kalangan kumpulan sasar dan orang awam sedar mengenai ancaman ikan-ikan ini kepada ekosistem habitat akuatik negara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!