Pemilihan Bersatu: Jawatankuasa Pemilihan terima 8,531 borang pencalonan

Muhyiddin (kiri) dan Hamzah menang tanpa bertanding bagi mengisi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu.
Muhyiddin (kiri) dan Hamzah menang tanpa bertanding bagi mengisi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima sejumlah 8,531 borang pencalonan daripada ahli seluruh negara bagi menentusahkan kelayakan dan keabsahan untuk mengambil bahagian pada pemilihan parti bagi sesi 2024-2027.

Perkara itu disahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Saiful Adli Mohd Arshad dengan memaklumkan seramai 93 calon bertanding bagi peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Jawatankuasa Armada Malaysia (53), Jawatankuasa Srikandi Muda Malaysia (39) dan Jawatankuasa Sayap Bersekutu Malaysia (27).

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin menang tanpa bertanding bagi mengisi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Pengisytiharan rasmi kemenangan bagi kedua-dua calon tunggal hanya akan dibuat selepas selesai Persidangan Bahagian-Bahagian pada 2 November depan.

Berikut merupakan calon dan jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan Bersatu sesi 2024 - 2027:

Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden: Datuk Seri Hamzah Zainudin (menang tanpa bertanding)

Calon Naib Presiden:

Artikel Berkaitan:

- Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

- Datuk Dr Radzi Jidin

- Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

- Datuk Razali Idris

- A'ziss Zainal Abiddin

- Mohd Rafiq Abdullah

Ketua Wanita: Datuk Mas Ermieyati Samsudin (menang tanpa bertanding)

Naib Ketua Wanita: Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (menang tanpa bertanding)

Calon Ketua Srikandi Muda:

- Nurul Ezzati Azmi

- Hefvihervina Rohayu Hariyanto

- Nurul Fadzillah Kamaluddin

Calon Ketua Armada:

- Muhammad Hilman Idham

- Akmal Zahin Zainal Abidin

Calon Ketua Sayap Bersekutu

- K Vasantha Kumar

- Dr Chong Fat Full

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!