Gaza catat hampir 42,000 kematian

Bangunan yang musnah di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP
Bangunan yang musnah di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Hampir 42,000 orang terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik dengan Israel meletus setahun lalu, dengan lebih 60 peratus daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin, lapor Sputnik.

"Bilangan mangsa telah meningkat kepada 41,909, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah golongan wanita dan kanak-kanak. Seramai 97,303 orang cedera," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!