Sabah FC nafi pemain Rhinos terlibat nahas pesawat

Pengurusan Sabah FC sangkal dakwaan beberapa pemain Rhinos terlibat nahas kapal terbang sehingga meragut nyawa.
Pengurusan Sabah FC sangkal dakwaan beberapa pemain Rhinos terlibat nahas kapal terbang sehingga meragut nyawa.
A
A
A

KELAB Liga Super, Sabah FC menyangkal laporan sebuah portal berita yang mendakwa beberapa pemain terbaik The Rhinos terlibat dalam nahas kapal terbang sehingga meragut nyawa ketika dalam perjalanan menghadapi perlawanan liga penting.

Pengurus Sabah FC, Rafie Robert dalam kenyataan berkata, laporan berkenaan tidak benar dan pihaknya mempertimbangkan untuk membuat laporan polis dalam tempoh terdekat bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Rafie Robert
Rafie Robert

Katanya, pasukan itu sedang menjalani latihan untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Tawau FA pada 12 Oktober ini dan beberapa pemain termasuk Stuart Wilkin, Dominic Tan, Daniel Ting dan Darren Lok, dipanggil menyertai skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober.

“Laporan portal ini dilihat berniat jahat dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak pengurusan Sabah serta peminat bola sepak di negeri ini.

“Orang ramai khususnya peminat sukan bola sepak di Sabah diingatkan agar tidak mudah percaya dengan laporan yang sengaja menimbulkan kekeliruan pada masa ini,” katanya sambil menambah semua pemain dan pihak pengurusan pasukan berada dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!