Hizbullah serang bandar Haifa Israel

Kumpulan Hizbullah dari Lubnan pada Isnin menyerang bandar Haifa di utara Israel. Foto Reuters
Kumpulan Hizbullah dari Lubnan pada Isnin menyerang bandar Haifa di utara Israel. Foto Reuters
A
A
A

BEIRUT - Kumpulan Hizbullah dari Lubnan pada Isnin menyerang bandar Haifa di utara Israel dengan serangan roket besar-besaran, menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

"Untuk menyokong rakyat Palestin kami yang teguh di Semenanjung Gaza dan penentangan mereka yang gagah berani dan terhormat, dan untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, dan sebagai tindak balas kepada pencerobohan biadab Israel ke atas bandar, kampung dan orang awam, para pejuang mengebom pada tengah hari Isnin di utara bandar Haifa dengan serangan roket secara besar-besaran," menurut kenyataan itu.

"Pejuang juga mengebom pangkalan Nimra dan penempatan Karmiel dengan serangan roket," tambahnya.

Sumber tentera Lubnan memberitahu Xinhua bahawa Israel melakukan 30 serangan udara ke atas bandar, kampung dan kawasan lapang di selatan Lubnan pada waktu pagi dan subuh pada Isnin.

Mereka menambah, "28 serangan udara juga direkodkan ke atas bandar Baalbek dan sekitarnya di timur Lubnan, manakala artileri Israel melepaskan kira-kira 200 peluru ke atas lebih 34 kampung dan bandar sempadan di selatan Lubnan".

"Satu serangan udara menyasarkan sebuah rumah di bandar Srifa, yang terletak di sektor barat selatan Lubnan, mengorbankan empat orang awam termasuk seorang anggota tentera Lubnan," kata sumber itu.

Sejak 23 September, tentera Israel melancarkan serangan intensif ke atas Lubnan dalam peningkatan ketegangan dengan Hizbullah. - Bernama

@sinarharianonline

Hizbullah serang bandar Haifa Israel #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Global #TimurTengah #Hizbullah #Lubnan #Israel #Haifa

Artikel Berkaitan:

Hard News - DM Production

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!