Dr Wan Azizah selesai jalani prosedur kesihatan hari ini

Wan Azizah jalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Wan Azizah jalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menjalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr Farique Rizal Abdul Hamid dalam kenyataan malam ini memaklumkan Dr Wan Azizah berada dalam keadaan baik, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

"Kami menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa serta ingatan buat kesembuhan segera Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berterima kasih atas ruang privasi yang diberikan kepada beliau untuk menerima rawatan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook malam ini mengajak rakyat Malaysia supaya turut mendoakan agar isteri beliau Dr Wan Azizah diberi keafiatan sesegera mungkin.

"Susah senang bersama!" kata Anwar yang turut menyertakan gambar beliau bersama Dr Wan Azizah di hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!