Sepanyol, Barcelona hilang khidmat Torres

Ferran Torres Foto Agensi
Ferran Torres Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG Sepanyol, Ferran Torres mengalami kecederaan hamstring akan diketepikan untuk tempoh yang lama, kata kelab La Liga, Barcelona pada Isnin.

Perkembangan itu menyaksikan pemain berusia 24 tahun tersebut akan terlepas perlawanan Liga Negara-Negara Sepanyol menentang Denmark dan Serbia, ujar juga pengendali La Roja, Luis de la Fuente.

Laporan media tempatan sebelum ini menyatakan Ferran bermungkinan tidak bermain enam hingga lapan minggu selepas dia mengalami kecederaan ketika Barca menang 3-0 di Deportivo Alaves.

“Ujian yang dijalankan ke atas Ferran Torres mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan pada otot paha kanannya.

“Status untuk dia kembali semula ke sesi latihan bergantung kepada pemulihannya,” kata kelab Catalan itu.

Sebagai rekod, Barcelona sedang mengharungi krisis kecederaan, dengan Dani Olmo, Gavi, Fermin Lopez, Andreas Christensen, Ronald Araujo, dan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen antara pemain diketepikan pada ketika ini.

“Kecederaan Ferran membimbangkan. Kami tidak mempunyai banyak pilihan untuk bahagian jentera serangan,” kata pengendali Barca, Hansi Flick.

Sebagai rekod, Torres telah membuat 10 penampilan untuk Barcelona musim ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!