Dua beranak maut, motosikal dilanggar kereta

Keadaan kereta yang terlanggar motosikal yang dinaiki dua beranak tersebut.
Keadaan kereta yang terlanggar motosikal yang dinaiki dua beranak tersebut.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta di Jalan Transkrian di sini pada jam 1.20 petang, Isnin.

Penunggang motosikal, Mohd Shamsulnizam Md Yusop, 49 dan anak lelakinya, Muhammad Ammar Mohd Shamsulnizam, 9 maut di lokasi kejadian kerana cedera parah.

Dalam kejadian itu, mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda dilanggar kereta Honda Civic yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun.

Difahamkan, ketika kejadian, penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan telah melintas pembahagi jalan di tempat kejadian lalu dilanggar oleh kereta terbabit.

Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang cedera.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!