Ramli angkat sumpah ahli MKT UMNO baharu

Ramli angkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO. Foto Facebook Asyraf Wajdi
Ramli angkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO. Foto Facebook Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Dr Ramli Mohd Nor muncul wakil rakyat Orang Asli pertama yang dilantik menganggotai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tersebut secara tidak langsung membuktikan parti itu menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

"Malam ini merupakan detik bersejarah apabila beliau (Ramli) menjadi Orang Asli pertama yang menjadi ahli MKT UMNO.

"UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli dan memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memacu kegemilangan dalam landskap politik negara," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Ramli sebelum ini menjadi Orang Asli pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Sementara itu Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi Facebooknya turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Ramli atas pelantikan berkenaan.

"Dia (Ramli) pecah rekod kerana Orang Asli pertama jadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Orang Asli pertama jadi ahli Dewan Rakyat dan Orang Asli pertama dilantik ahli MKT UMNO," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!