Cuti Sabtu, Ahad di Johor beri impak positif - Pakar kewangan

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula awal tahun hadapan bagi negeri Johor akan memberi impak positif terutama kepada industri pelancongan dan perniagaan.

Pakar kewangan, Rohani Mohd Shahir berkata, perubahan cuti tersebut turut selaras dengan beberapa negeri lain dan juga Singapura yang merupakan jiran terdekat negeri berkenaan.

ROHANI
ROHANI

Beliau berkata, ia secara tidak langsung memberi kesan menggembirakan kepada keluarga di Johor yang mempunyai keluarga bekerja di Singapura yang mana sebelum ini tidak dapat menikmati cuti hari minggu yang sama.

“Sebelum ini mereka hanya mempunyai hari Sabtu untuk bersama keluarga kerana ketika Johor cuti pada Jumaat, Singapura dan negeri lain bekerja.

"Pada Ahad, rakyat di Johor bekerja dan Singapura serta negeri-negeri lain pula bercuti hujung minggu,” katanya pada Sinar Harian.

Menurut Rohani, apabila tempoh cuti hujung minggu sama, waktu bercuti bersama akan turut bertambah.

“Oleh itu, ramai yang dapat melakukan aktiviti bersama-sama seperti ke pusat beli-belah atau restoran dan sebagainya kerana mempunyai lebih banyak hari untuk bersama keluarga.

“Ia sekali gus dapat meningkatkan sosioekonomi peniaga,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!