Pelajar bakar pensyarah kerana cinta ditolak
WARDHA - Seorang lelaki bertindak membakar pensyarah wanita dengan menjirus minyak petrol dan menyalakan api kerana cinta ditolak di kawasan Hinganghat, Wardha, India Isnin lalu.
Inspektor Polis, B Satyaveer berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke kolej kira-kira jam 7 pagi untuk mengajar, lapor Pune Mirror memetik sumber.
“Suspek secara tiba-tiba menjirus minyak petrol dan menyalakan api. Mangsa diselamatkan orang awam yang menyaksikan kejadian.
“Selepas melakukan perbuatan itu, lelaki itu terus melarikan diri dan pihak polis masih lagi memburu suspek,” katanya.
Dalam pada itu Institut Kajian dan Hospital Orange City dalam satu kenyataan memberitahu kejadian itu menyebabkan mangsa melecur 40 peratus dan kini dirawat di sebuah hospital.
"Pensyarah terbabit kini dirawat di Institut Kajian dan Hospital Orange City," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!