Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebahagian kawasan di ibu negara mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pelaksanaan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Hub Pasar Seni.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi ini dan dijangka siap jam 1 pagi esok.

"Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1 tengah hari, pada Rabu," katanya hari ini.

Sehubungan itu, Air Selangor berkata, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Antara kawasan terjejas ialah Apartment Putra Ria, Bricfields, Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Persekutuan, Bukit Tunku, Damansara Height, Damansara Town Centre, Idamansara, Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, Kampung Padang Merbuk dan Kuala Lumpur City Centre.

Selain itu, turut terjejas, Kuala Lumpur Central, Medan Damansara, Parlimen, Persiaran Sultan Salahuddin, Semantan, Taman Bandara, Taman Bangsar Baru, Taman Damansara Endah, Taman Duta, Taman Lucky, Taman SA (Bangsar), Taman SA (Damansara), Taman Tasik Perdana, Taman Tunku dan Tijani.

"Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Artikel Berkaitan:

"Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com/," ujarnya. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!