Iran sambung semula operasi penerbangan

Semua penerbangan domestik dan antarabangsa disambung semula pada Isnin. - Foto X/eTurboNews
Semua penerbangan domestik dan antarabangsa disambung semula pada Isnin. - Foto X/eTurboNews
A
A
A

TEHRAN - Iran menyambung semula penerbangan pada Isnin selepas penggantungan sementara pada petang sebelumnya dengan alasan sekatan operasi.

Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran dibenarkan beroperasi semula selepas pihak berkuasa memastikan keadaan sesuai dan selamat.

Televisyen negara melaporkan, semua penerbangan domestik dan antarabangsa disambung semula pada Isnin.

Kata Pertubuhan Penerbangan Awam, pada masa ini tiada sekatan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Penggantungan singkat itu menjejaskan penerbangan yang dijadualkan antara jam 9 malam ahad hingga 6 pagi Isnin.

Jadual penerbangan itu dibatalkan kerana kebimbangan operasi yang tidak dinyatakan oleh pihak berkuasa Iran.

Bagaimanapun, sekatan kini ditarik balik selepas penilaian keselamatan dijalankan. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!