Pahang minta pembinaan R&R LTU diteruskan

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang meminta Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah membuat permohonan agar kemudahan tersebut dibina bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna.

Menurutnya, meskipun kos pembinaan kemudahan itu mencecah dua kali ganda daripada anggaran kos asal, kerajaan negeri berharap pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan untuk meneruskan pembinaan infrastruktur itu.

"Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas pembinaan LTU sepanjang 299.4 kilometer melibatkan enam pakej pembinaan dengan kos keseluruhan RM7.7 bilion.

"Pembinaan laluan baharu yang dijangka siap menjelang akhir tahun 2026 ini memberi banyak manfaat kepada rakyat khususnya pengguna jalan raya yang melalui Pahang Barat (Bentong, Raub dan Lipis) menuju ke Kelantan," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bagaimanapun melahirkan rasa terkilan apabila salah satu komponen penting dalam projek ini, iaitu kawasan R&R tidak dilaksanakan.

"Walaupun kemudahan itu terdapat dalam skop projek namun penyediaan platform dan infra sahaja yang dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri turut memberi penekanan terhadap pentingnya

Artikel Berkaitan:

Pakej 6 iaitu laluan Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)-Pelangai dapat diluluskan bagi melengkapkan jaringan LTU.

Jelas beliau, sehingga kini empat laluan di sepanjang LTU telah pun dibuka iaitu laluan Puntasan Bentong, laluan Kampung Orang Asli Sungai Chandan-Kampung Asap, laluan Pintasan Raub dan laluan Mentara-Kampung Seberang Jelai dengan tahap kemajuan projek keseluruhan 66.01 peratus.

"Semoga projek pembinaan LTU dapat disiapkan mengikut jadual dan saya sekali lagi berharap agar pembinaan hentian rehatnya juga dapat diteruskan demi keselesaan pengguna," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!