Polis siasat kejadian trek LRT diceroboh

Polis menyiasat insiden pencerobohan trek LRT yang mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.Foto hiasan
Polis menyiasat insiden pencerobohan trek LRT yang mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat insiden pencerobohan trek Transit Aliran Ringan (LRT) sehingga mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden tersebut.

"Kita ada terima laporan berkaitan kejadian itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan kereta api tu mengalami gangguan antara Stesen Masjid Jamek dan Bangsar disebabkan pencerobohan trek.

Bagaimanapun, setelah penceroboh itu tidak dapat dikesan, perkhidmatan tren dipulihkan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!