GWM yakin dengan pasaran Malaysia

GWM HAVAL H6 HEV pertama dipasang di Malaysia, bersama staff EPMB dan GWM Malaysia.
GWM HAVAL H6 HEV pertama dipasang di Malaysia, bersama staff EPMB dan GWM Malaysia.
A
A
A

Great Wall Motor (GWM) melebarkan sayap mereka ke Malaysia pada tahun 2022, dalam tempoh dua tahun, mereka yakin pasaran kereta di Malaysia berpotensi untuk berkembang dengan lebih jauh.

Oleh itu, mereka telah melancarkan dua model kenderaan elektrik di bawah jenama ORA iaitu GOOD CAT dan 07 dan juga off-road SUV premium iaitu TANK 300 yang dijana oleh enjin petrol 4- silinder 2.0 liter turbo.

Tidak berhenti setakat itu, GWM Malaysia bakal melancarkan kenderaan SUV hibrid iaitu HAVAL H6 HEV.

Yakin dengan pasaran Malaysia yang kukuh, GWM Malaysia bekerjasama dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB) untuk menghasilkan model pertama dipasang secara CKD, iaitu GWM HAVAL H6 HEV. Ini menjadikan GWM sebagai antara pengeluar kereta dari negara China yang mengeluarkan model CKD di Malaysia.

Dengan pengalaman 34 tahun dalam pembuatan kereta, GWM memahami kepentingan kawalan kualiti dalam pengeluaran kereta. Oleh itu, GWM dapat menghasilkan melebihi 14 juta kereta di seluruh dunia sehingga kini. Dengan ini, GWM Malaysia turut melibatkan pasukan dari

GWM Global untuk memastikan kecemerlangan dalam segala aspek merangkumi proses pembuatan dan pemasangan.

Pasukan GWM Global dan Pasukan EPBM bekerjasama untuk menjalankan pemeriksaan dan ujian yang teliti sebelum kenderaan meninggalkan kilang.
Pasukan GWM Global dan Pasukan EPBM bekerjasama untuk menjalankan pemeriksaan dan ujian yang teliti sebelum kenderaan meninggalkan kilang.

Artikel Berkaitan:

GWM HAVAL H6 HEV menawarkan prestasi yang menakjubkan, menjadikannya menonjol dalam segmen tersendiri.

Dengan anggaran harga di bawah RM145,000, ia memberikan nilai yang luar biasa, disokong oleh waranti enjin yang mengagumkan selama 10 tahun atau 1 juta kilometer dan waranti lapan tahun atau sejuta kilometer (km) untuk sistem hibrid.

Dari segi kuasa, ruang dan keselamatan, HAVAL H6 HEV mendahului kategorinya, menjadikannya pilihan ideal untuk setiap keluarga.

Dinobatkan sebagai ‘SUV Terlaris di China’ selama lebih sembilan tahun berturut-turut, GWM HAVAL H6 telah membuktikan reputasinya yang unggul, dengan rekod jualan global lebih daripada empat juta unit.

Bagi meneruskan legasi ini, GWM HAVAL H6 HEV, sebuah SUV saiz sederhana berorientasikan keluarga diperkenalkan dengan teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang terkini.

GWM HAVAL H6 HEV yang mengeluarkan kuasa maksimum 243PS dan tork maksimum 530Nm merupakan pilihan terbaik untuk keluarga.
GWM HAVAL H6 HEV yang mengeluarkan kuasa maksimum 243PS dan tork maksimum 530Nm merupakan pilihan terbaik untuk keluarga.

GWM HAVAL H6 HEV yang dinanti-nantikan akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Oktober 2024 dengan harga akhir akan diumumkan dan penghantaran akan dimulakan.

Memandangkan pasaran SUV Malaysia menjadi semakin kompetitif, semua mata tertumpu sama ada SUV hibrid ini boleh memastikan tempatnya sebagai pesaing utama. Adakah HAVAL H6 HEV akan mengungguli pasaran Malaysia walaupun mereka hadir dari negara tembok besar? Nantikan untuk menyaksikan potensi kejayaannya!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!