Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel

Kumpulan Yaman berkata, operasi itu "berjaya mencapai objektifnya" dan ia menyasarkan beberapa dron di Jaffa dan Eilat. - Foto X/Usama Farag
Kumpulan Yaman berkata, operasi itu "berjaya mencapai objektifnya" dan ia menyasarkan beberapa dron di Jaffa dan Eilat. - Foto X/Usama Farag
A
A
A

BAITULMAQDIS - Kumpulan Houthi, yang bersekutu dengan Iran di Yaman, melepaskan dua peluru berpandu ke arah Jaffa, sebuah bandar di tengah Israel, pada Isnin.

Bagaimanapun, Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.

Tentera Israel berkata, peluru berpandu permukaan ke permukaan mencetuskan siren serangan udara di seluruh Israel menyebabkan penduduk berlari mencari perlindungan.

Kenyataan itu tidak menyatakan siapa yang melepaskan peluru berpandu berkenaan.

Houthi berkata, satu peluru berpandu adalah Palestin 2 dan ia "mencapai" sasarannya.

Kumpulan itu berkata, yang kedua ialah peluru berpandu Dhu Al-Fiqar tetapi tidak menerangkan hasilnya.

Kumpulan Yaman berkata, operasi itu "berjaya mencapai objektifnya" dan ia menyasarkan beberapa dron di Jaffa dan Eilat.

Israel hanya menyebut peluru berpandu permukaan ke permukaan yang dipintas, tanpa merujuk kepada dron atau peluru berpandu kedua. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!