Pemilihan Bersatu: 15 pemimpin, ahli Bersatu Pulau Pinang bertanding

Zulkefli (kanan) menyerahkan surat pengesahan layak bertanding kepada Khaliq Mehtab yang juga bekas ADUN Bertam.
Zulkefli (kanan) menyerahkan surat pengesahan layak bertanding kepada Khaliq Mehtab yang juga bekas ADUN Bertam.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seramai 15 pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan bertanding dalam beberapa jawatan di peringkat Pusat bagi pemilihan parti itu untuk penggal 2024-2027 pada bulan hadapan.

Tiga wakil rakyat tersebut ialah ADUN Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah; ADUN Penanti, Zulkefli Bakar dan ADUN Telok Ayer Tawar, Azmi Alang.

Izhar Shah
Izhar Shah

Izhar yang merupakan Ketua Armada Bahagian Permatang Pauh akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua Armada Malaysia manakala lima ketua bahagian akan bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Mereka ialah Azahari Aris (Bayan Baru), Rasman Farish Shamsuddin (Bukit Gelugor), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Kepala Batas), Azmi (Tasek Gelugor) dan Zulkefli (Permatang Pauh).

Sementara itu, Ketua Bahagian Batu Kawan, Aziss Zainal Abidin akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Pulau Pinang, Mazhar Zolbahar berkata, Izhar satu-satunya yang bertanding bagi jawatan Naib Ketua Armada manakala tiga wakil dari Pulau Pinang akan bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Armada.

Menurutnya, tiga wakil itu ialah Ahli Cawangan Balik Pulau, Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid; Ahli Cawangan Kepala Batas, Muhammad Khairi Zainol Abidin dan Ketua Penerangan Armada Bahagian Bukit Gelugor, Muhammad Ashraf Hayub Khan.

Artikel Berkaitan:

Zulkefli (kanan) menyerahkan surat pengesahan layak bertanding kepada Azmi.
Zulkefli (kanan) menyerahkan surat pengesahan layak bertanding kepada Azmi.

"Empat calon wanita akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Srikandi manakala seorang lagi akan bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Srikandi Muda.

“Kami berharap perwakilan di semua bahagian di negeri ini akan memberikan sokongan penuh kepada calon-calon dari Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bersatu Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Sementara itu, Mazhar memaklumkan sebanyak 391 kertas pencalonan diterima di peringkat negeri, dengan 323 daripadanya layak bertanding untuk pelbagai jawatan.

Mazhar
Mazhar

Beliau juga menyatakan bahawa 10 daripada 13 bahagian di negeri ini layak menyertai pemilihan peringkat negeri, manakala tiga bahagian lagi tidak layak kerana beberapa sebab.

“Selain itu, tujuh bahagian hanya menghantar satu pencalonan bagi jawatan ketua bahagian, termasuk Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Batu Kawan, Nibong Tebal, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bayan Baru.

“Bagi tiga bahagian lain iaitu Balik Pulau, Kepala Batas dan Bagan akan ada pertandingan, manakala di Bukit Gelugor, hanya akan berlaku pertandingan di peringkat jawatankuasa bahagian dan Srikandi sahaja,” tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!