200 dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Brazil

Kira-kira 200 orang disyaki tertimbus selepas tanah runtuh melanda kawasan pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil pada Isnin. Foto AFP
Kira-kira 200 orang disyaki tertimbus selepas tanah runtuh melanda kawasan pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil pada Isnin. Foto AFP
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Kira-kira 200 orang disyaki tertimbus selepas tanah runtuh melanda kawasan pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Kor Bomba Tentera Rio de Janeiro, tanah yang menyokong sebahagian Pelabuhan Terra Preta yang terletak di tebing Sungai Amazon, runtuh secara tiba-tiba dan punca kejadian masih belum diketahui.

Walaupun kawasan itu dalam pembinaan, pelabuhan terbabit terus beroperasi sebagai pusat pengangkutan utama.

Dilaporkan lebih 200 orang menjalankan aktiviti memuat dan memunggah barang ketika kejadian berlaku.

Insiden tragis ini mungkin berpunca daripada hakisan tebing sungai yang semakin memburuk akibat kemarau yang melanda wilayah itu.

Majlis bandaraya Manacapuru memaklumkan bahawa pasukan Pertahanan Awam, Kor Bomba Tentera dan agensi berkaitan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!