Bekalan air di Perlis hanya bertahan empat bulan

Paras air di empangan Timah Tasoh.
Paras air di empangan Timah Tasoh.
A
A
A

KANGAR - Bekalan air di Perlis mampu bertahan bagi tempoh tiga hingga empat bulan dari sekarang berikutan paras Empangan Timah Tasoh menunjukkan kapasiti menurun.

Exco Kemudahan dan Prasarana Awam, Pengangkutan, Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Perlis, Hamizan Hassan berkata, setakat ini bekalan air kepada pengguna di negeri ini masih mencukupi dan tiada catuan air dilakukan walaupun paras empangan Timah Tasoh menurun.

"Bekalan air berkenaan masih mencukupi untuk menampung kegunaan rakyat di negeri ini bagi tempoh tiga hingga empat bulan.

"Kita jangka pada tempoh tersebut akan berlaku pertambahan air melalui penurunan hujan sekitar April hingga Mei nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurut Hamizan, sekiranya keadaan menuntut kepada catuan air, pihaknya akan cuba mengehadkan penggunaan kepada urusan pertanian bagi memberi laluan kepada kegunaan harian yang lebih penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran krisis bekalan air

Teroka teknologi simpan air hujan

Bil air lebih mahal jika guna teknologi lebih canggih

Artikel Berkaitan:

Krisis bekalan air: Kaji semula perjanjian lapuk

Sudah tiba masa Malaysia bertegas dengan Singapura

Malaysia mahu RM3 bukan 3 sen

Perjanjian air: Malaysia berhak semak selepas 25 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!