Dibelasah tujuh lelaki kerana berebut tempat duduk di lapangan terbang

Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak memukul seorang lelaki lain berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak memukul seorang lelaki lain berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
A
A
A

KULAI- Tujuh lelaki ditahan selepas video tular memaparkan sekumpulan individu memukul seorang lelaki lain di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan sekitar Skudai dan Johor Bahru, kira-kira 8 malam Isnin, sehingga 12.30 pagi Selasa.

"Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian itu kerana perselisihan faham yang bermula hanya disebabkan perebutan tempat duduk di ruang pelepasan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak.

"Mangsa dan suspek yang saling tidak mengenali mula berselisih faham kerana tegur-menegur di antara satu sama lain ketika di Lapangan Terbang Miri

“Mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun mengalami cedera ringan, luka calar dan bengkak,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, polis merampas dua kenderaan iaitu Honda Accord dan Mazda 6 beserta alat kawalan jauh, empat telefon bimbit dan dua batang kayu rotan.

Katanya, hasil semakan rekod mendapati empat daripada suspek mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah dan dadah.

Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak memukul seorang lelaki lain berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak memukul seorang lelaki lain berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan seorang lagi suspek berusia 40-an masih lagi bebas.

"Semua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini," jelasnya.

Sebelum itu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki lain menggunakan batang kayu di tepi jalan.

Turut kelihatan, mereka menendang mangsa yang berbaju dan berseluar pendek warna hitam itu berkali-kali.

Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu dipercayai memperlahankan trafik memandangkan beberapa kereta dipercayai dinaiki suspek berhenti di atas jalan.

Pada masa sama, pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak bertindak di luar batasan undang-undang.

"Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan undang-undang dipatuhi dan mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang akan diambil tindakan," tegasnya.

@sinarharianonline

Berebut tempat duduk rupanya... Tujuh lelaki ditahan selepas video tular memaparkan sekumpulan individu memukul seorang lelaki lain di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan sekitar Skudai dan Johor Bahru, kira-kira 8 malam Isnin, sehingga 12.30 pagi Selasa. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Viral #Tular #60Saat #Gaduh #JalanRaya #Pukul #Berebut #TempatDuduk

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!