Jenayah Israel di Gaza adalah 'keganasan psikologi' - Pelapor khas PBB

Tahap kebimbangan dan trauma dalam kalangan penduduk Gaza kini mencapai tahap yang membimbangkan, seiring dengan keterbatasan akses perkhidmatan kesihatan dan rawatan Foto Agensi
Tahap kebimbangan dan trauma dalam kalangan penduduk Gaza kini mencapai tahap yang membimbangkan, seiring dengan keterbatasan akses perkhidmatan kesihatan dan rawatan Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak kesihatan, Tlaleng Mofokeng berkata bahawa serangan dan jenayah Israel di Semenanjung Gaza merupakan satu bentuk keganasan psikologi dan sebahagian daripada rancangan genosid, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Beliau menegaskan bahawa kesihatan mental penduduk Gaza semakin merosot akibat perang berterusan di wilayah terbabit.

Mofokeng memberi amaran bahawa tahap kebimbangan dan trauma dalam kalangan penduduk Gaza kini mencapai tahap yang membimbangkan, seiring dengan keterbatasan akses perkhidmatan kesihatan dan rawatan.

Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap situasi kanak-kanak di Gaza, dengan berkata bahawa "terdapat satu generasi kanak-kanak di Gaza yang meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima sijil kelahiran."

"Kita telah mengecewakan generasi di Gaza. Jika kita tidak dapat menghentikan bom daripada digugurkan hari ini, bagaimana kita boleh berbicara tentang masa depan dan generasi akan datang?" katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!