Anak lelaki Osama Laden diusir dari Perancis

Omar Laden didakwa mengeluarkan komen di media sosialnya yang dianggap 'mengagungkan keganasan' - Foto/ Instagram Omar bin Laden
Omar Laden didakwa mengeluarkan komen di media sosialnya yang dianggap 'mengagungkan keganasan' - Foto/ Instagram Omar bin Laden
A
A
A

ANAK kepada pengasas Al Qaeda, Osama bin Laden iaitu Omar dilapor telah diusir dari Perancis.

Memetik laporan Reuters, anak keempat Osama itu yang menetap di Normandy juga dihalang daripada kembali ke negara itu selepas didakwa mengeluarkan komen di media sosial yang dianggap 'mengagungkan keganasan'.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau berkata dia telah menandatangani perintah yang melarang Omar daripada memasuki Perancis.

Bagaimanapun, Retailleau tidak memperincikan butiran mengenai waktu pengusiran atau di mana Omar telah dihantar.

"Omar, yang tinggal di wilayah Orne selama beberapa tahun sebagai suami kepada (wanita) warga British, telah mengeluarkan komen di rangkaian sosialnya pada 2023 yang 'mengagungkan' keganasan.

"Larangan pentadbiran ini memastikan bahawa Omar tidak boleh kembali ke Perancis atas sebarang sebab," katanya di laman X memetik Reuters hari ini.

Menurut akhbar mingguan tempatan Le Publicateur Libre, Omar didakwa memuat naik satu hantaran di media sosial pada hari kelahiran bapanya, yang dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2011.

Akhbar itu melaporkan pada Julai 2023 bahawa polis telah mencari Omar di kampung Domfort, Normandy. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!