Bahang Kejohanan Bola Sepak Asia 7s kian dirasai

Sulaiman (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada pemain menjelang Kejohanan Bola Sepak Asia 7s di Shah Alam bermula Khamis.
Sulaiman (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada pemain menjelang Kejohanan Bola Sepak Asia 7s di Shah Alam bermula Khamis.
A
A
A

SKUAD negara yang akan menggalas cabaran dalam Kejohanan Bola Sepak Asia Tujuh Sebelah (7s) di EV Arena, Elmina, Shah Alam bermula 10 hingga 13 Oktober ini bakal diperkuat tiga bekas pemain kebangsaan.

Bekas bek kental negara, Razman Roslan akan memakai lilitan kapten, selain kehadiran pemain sensasi, Indra Putra Mahayuddin dan Abdul Manaf Mamat untuk memantapkan pasukan bimbingan Sulaiman Hussin itu.

Pengurus pasukan, Shahrizin Shaharudin berkata, skuad tersebut dipilih oleh Sulaiman selepas mengadakan beberapa sesi latihan percubaan sepanjang tiga minggu lepas.

Razman.
Razman.

"Setelah menceburkan diri dalam bola sepak konvensional, kami percaya bekas pemain kebangsaan ini bersemangat untuk buktikan mereka masih berbisa.

"Ini peluang terbaik buat mereka untuk kembali menyarung jersi Malaysia pada kejohanan ini," katanya.

Selain tiga pemain berpengalaman itu, skuad negara turut disertai Fazli Zulkifli, Adib Aizuddin, Amer Saidin, Abdul Latiff Suhaimi, Fandi Othman, Kisshaen Ananthan, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Ahmad Azriddin Rosli, Faiz Mazlan, Ahmad Azim Mohammad, Navin Das Arokiadass dan Rafie Mat Yaacob.

Dua penjaga gol yang disenaraikan oleh Sulaiman ialah Muhammad Nor Haziq Mohd Haris dan Izzat Abd Rahim.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama India, Filipina dan Hong Kong.

Skuad negara akan membuka saingan dengan menentang India pada jam 6 petang diikuti berdepan Filipina pada jam 10 malam Khamis ini.

Keesokannya Malaysia akan bertemu Hong Kong pada jam 4.30 petang untuk aksi terakhir peringkat kumpulan.

Kumpulan B pula terdiri daripada juara bertahan, Jepun, Brunei, Singapura dan Vietnam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!