Enam gerai warga Indonesia diroboh DBKL
KUALA LUMPUR - Enam gerai diusahakan peniaga Indonesia di Jalan Palong, Taman Miharja dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam 'Operasi Tegas', semalam.
Menurut Unit Media DBKL, bekalan elektrik di 13 premis di kawasan sama turut dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam operasi sama.
Menurutnya, notis penguatkuasaan telah diedarkan sebelum tindakan di ambil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1960 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
"Kesemua tindakan adalah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan DBKL serta agensi terlibat.
" Operasi khas yang turut melibatkan kerjasama polis, TNB, Air Selangor ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, " katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!