SPRM cari Nourish Alieya bantu siasatan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan.
SPRM dalam kenyataan berkata, wanita tersebut ialah Nourish Alieya Antasha Abdullah berusia 23 tahun.
"Alamat terakhirnya di No 21 Jalan Bakawali 80, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Hafiz Zainuddin di talian 03-88911156 atau 017-3693142 atau emel kepada hafiz.zainuddin@sprm.gov.my," katanya pada Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!