Mangsa banjir lima negeri cecah 2,140 orang

Mangsa banjir di lima negeri meningkat kepada 2,140 orang setakat jam 6 petang pada Selasa. Gambar hiasan
Mangsa banjir di lima negeri meningkat kepada 2,140 orang setakat jam 6 petang pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Mangsa banjir membabitkan lima negeri meningkat kepada 2,140 orang dengan Kedah merekodkan peningkatan ketara iaitu daripada 445 kepada 1,157 orang.

Berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), daerah baharu yang terjejas banjir adalah Kota Setar dengan 553 mangsa daripada 165 keluarga, manakala di Kubang Pasu pula seramai 367 mangsa daripada 123 keluarga dan Pendang (237 mangsa daripada 58 keluarga).

Di Johor pula menunjukkan penurunan, daripada 601 kepada 502 mangsa membabitkan daerah Batu Pahat (17 mangsa daripada tiga keluarga), Kluang (235 mangsa daripada 61 keluarga) dan Pontian (250 mangsa daripada 70 keluarga).

Banjir di Perak pula membabitkan dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kerian dengan masing-masing merekodkan 91 dan 124 mangsa.

Bagi Selangor pula, tiada peningkatan ketara yang dicatatkan oleh dua daerah iaitu Gombak (28 mangsa daripada lapan keluarga) dan Kuala Selangor (130 mangsa daripada 18 keluarga).

Di Melaka pula, jumlah mangsa terlibat masih sama seperti yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari dengan 22 orang daripada enam keluarga.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!