Harga minyak susut selepas cecah tahap tertinggi bulanan

Kenaikan harga baru-baru ini bermula selepas Iran melancarkan beberapa siri serangan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada 1 Oktober, menandakan peningkatan ketegangan di rantau tersebut. - Gambar Reuters
Kenaikan harga baru-baru ini bermula selepas Iran melancarkan beberapa siri serangan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada 1 Oktober, menandakan peningkatan ketegangan di rantau tersebut. - Gambar Reuters
A
A
A

ANKARA - Harga minyak mencatat sedikit penurunan pada Selasa apabila pelabur mengambil keuntungan berikutan kenaikan harga baru-baru ini yang didorong oleh kebimbangan mengenai gangguan bekalan akibat ketegangan yang meningkat di Timur Tengah, lapor Agensi Anadolu.

Penanda aras antarabangsa, Brent, susut dua peratus kepada AS$79.16 setong pada 10.39 pagi waktu tempatan (0739 GMT), berbanding penutupan AS$80.80 pada Isnin. Sementara itu, penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI), turun 2.18 peratus kepada AS$75.14 setong, berbanding penutupan sesi sebelumnya pada AS$76.82.

Kenaikan harga baru-baru ini bermula selepas Iran melancarkan beberapa siri serangan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada 1 Oktober, menandakan peningkatan ketegangan di rantau tersebut.

"Sebarang kehilangan bekalan boleh ditampung oleh kapasiti simpanan OPEC sebanyak 7 juta tong sehari," kata Daniel Hynes, ahli strategi komoditi dengan Kumpulan Perbankan Australia and New Zealand, dalam kenyataan e-mel.

Dari sudut permintaan, kebimbangan berterusan mengenai pertumbuhan ekonomi China dan kesannya terhadap permintaan bahan api.

Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Kebangsaan China menyatakan keyakinan untuk mencapai sasaran ekonomi sepanjang tahun, komited untuk menyokong pertumbuhan namun belum mengumumkan langkah rangsangan baharu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!