Tengoklah tempat kalau hendak gurau kasar!

Tular video yang memaparkan adegan seolah-seolah beberapa fasilitator sedang bertengkar namun ia hanya sekadar gurauan.
Tular video yang memaparkan adegan seolah-seolah beberapa fasilitator sedang bertengkar namun ia hanya sekadar gurauan.
A
A
A

BARU-BARU ini, kecoh di sana sini 'prank' atau gurauan kasar oleh sekumpulan abang dan kakak senior sewaktu minggu orientasi sebuah universiti terkemuka negara.

Hasil pemerhatian Merak Jalanan di TikTok, kelibat dua abang dan seorang kakak fasilitator sedang bertengkar entah apa sebab.

Cara mereka itu kononnya sangat penat sebab perlu menguruskan adik-adik junior ini.

Ada pula yang menengking si adik-adik yang masih segar ini dengan kenyataan kurang enak didengar seolah-olah minggu suai kenal berkenaan bukan di atas kerelaan mereka.

Merak Jalanan yang sudah lebih berbelas tahun meninggalkan alam universiti terus ketawa dan satu perkataan yang terkeluar dari mulut ini adalah 'sungguh provokasi'.

Walaupun si abang dan kakak yang terlibat itu sudah pun memohon maaf pada Jumaat lalu, namun Merak Jalanan rasa perlu juga untuk berkongsi pendapat agar ia tidak berulang lagi.

Duhai mahasiswa senior dan para perwakilan pelajar, tidak salah untuk anda mencipta momen bersejarah sewaktu minggu orientasi, bagaimanapun ikutlah peredaran zaman.

Sebagai fasilitator, anda perlu tahu bahawa para pelajar baharu masa kini sudah tidak terkesan dengan jenaka kasar yang pernah anda lalui lebih tiga tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Dunia semakin pantas, jika dahulu berita nahas atau perceraian artis terkenal hanya dapat kita ketahui melalui berita atau program hiburan di televisyen dan akhbar yang dijual keesokannya, namun tidak pada masa kini.

Anda terjaga sahaja daripada tidur kemudian telefon bimbit adalah subjek pertama yang disentuh.

Begitu juga dengan situasi anda sebagai yang paling senior atau pemimpin pelajar.

Janganlah masih di takuk yang lama, ikutlah peredaran masa. Tidak salah jika hendak bergurau kasar tetapi perlu kena pada tempatnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!