'Tolong haiwan buat kemurungan saya hilang'

Muhammad Kamran (gambar kiri) turut membawa anjing yang diselamatkan mendapatkan rawatan di klinik haiwan.
Muhammad Kamran (gambar kiri) turut membawa anjing yang diselamatkan mendapatkan rawatan di klinik haiwan.
A
A
A

SHAH ALAM - “Saya tak kisah berhadapan dengan kesusahan ketika membantu haiwan sebab perkara itu sahaja mampu ubati tekanan hidup yang dialami.”

Demikian kongsi seorang lelaki, Muhammad Kamran Abdul Rasheed, 32, yang mengakui tekanannya sudah beransur pulih kerana sering membantu haiwan dalam kesusahan.

“Baru-baru ini saya telah selamatkan seekor anak anjing berdekatan lebuh raya Bandar Sri Damansara. Ketika mahu menyelamatkan anjing itu ada beberapa kereta yang membunyikan hon kepada saya.

Muhammad Kamran mengakui tekanannya sudah beransur pulih kerana sering membantu haiwan dalam kesusahan.
Muhammad Kamran mengakui tekanannya sudah beransur pulih kerana sering membantu haiwan dalam kesusahan.

“Walaupun saya mungkin membahayakan nyawa sendiri tetapi sekurang-kurangnya saya sempat selamatkan haiwan itu sebelum mati dan saya sangat gembira dengan sekecil-kecil amal kebaikan yang saya buat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, jelas kelihatan pertolongan Muhammad Kamran dipuji oleh pengguna media sosial yang lain.

Sebagai seorang pencinta haiwan, ini bukan kali pertama dia membantu haiwan yang memerlukan walaupun jika harus membayar segala kos tanggungan.

Artikel Berkaitan:

Anak anjing yang diselamatkan kini dijaga oleh jiran Muhammad Kamran.
Anak anjing yang diselamatkan kini dijaga oleh jiran Muhammad Kamran.

“Saya tidak akan ketinggalan untuk merawat mereka di klinik haiwan. Ada beberapa hamba ALLAH SWT yang baik hati sudi untuk menanggung perbelanjaan mereka.

“Saya terpaksa menolak kerana tidak mahu menyusahkan dan alhamdulillah niat saya ikhlas untuk menolong jadi saya tidak kisah bayarannya. Buat yang bertanya keadaan anak anjing tersebut, alhamdulillah kini dijaga oleh jiran saya yang baik hati, terima kasih kerana prihatin!” jelasnya.

Ditanya berkenaan persepsi menyelamatkan seekor anjing, dia berpendapat, hanya ALLAH SWT yang mampu menilai niat baik seseorang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!