Tuchel hampiri United?

Thomas Tuchel dikaitkan dengan United sebagai calon utama menggantikan Erik ten Hag. Foto Agensi
Thomas Tuchel dikaitkan dengan United sebagai calon utama menggantikan Erik ten Hag. Foto Agensi
A
A
A

SUMBER di Manchester United mendedahkan Thomas Tuchel sebagai calon utama menggantikan Erik ten Hag sekiranya pengendali dari Belanda itu dipecat.

Nasib Ten Hag di Old Trafford bagaikan telur di hujung tanduk susulan permulaan buruk United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Spekulasi bertiup kencang di England bahawa Ten Hag bakal dipecat dalam tempoh 48 jam ketika hierarki tertinggi United bersedia mengadakan mesyuarat tergempar.

Tuchel dikatakan menjadi pilihan United berbanding penolong pengurus Ten Hag, Ruud van Nistelrooy susulan pencapaian cemerlangnya mengendalikan beberapa kelab elit Eropah termasuk Borussia Dortmund, PSG, Chelsea dan Bayern Munich.

Di bawah bimbingan Ten Hag, United mengharungi permulaan terburuk dalam sejarah EPL apabila mencatat dua kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan selepas mengharungi tujuh perlawanan untuk menghuni tangga ke-14 liga.

Kelab yang meraih gelaran juara EPL sebanyak 20 kali itu juga setakat ini gagal mencatat sebarang kemenangan dalam kempen Liga Europa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!