Bawa empat isteri semasa berkempen

Keempat-empat isteri Arlan kelihatan ceria semasa mengikuti kempen baru-baru ini.
Keempat-empat isteri Arlan kelihatan ceria semasa mengikuti kempen baru-baru ini.
A
A
A

JAKARTA - Seorang calon wali kota Prabumulih, Sumatera Selatan menarik perhatian ramai apabila memperkenalkan empat isterinya kepada masyarakat setempat semasa berkempen di Kecamatan Cambai, baru-baru ini.

Malah, calon yang dikenali sebagai Arlan itu membawa keempat-empat isterinya naik ke atas pentas bagi menyapa ribuan penduduk yang mengikuti kempen beliau.

"Ramai yang bercakap-cakap Cak (sapaan Arlan) miliki banyak isteri, ia, Cak mempunyai empat isteri itu benar.

"Tetapi Cak bersedia bertanggungjawab dunia dan akhirat, Cak tak simpan rahsia," katanya ketika memulakan kempen pada Selasa.

Arlan yang dibawa oleh parti Gerindra berkata, apa yang dilakukannya itu sesuai dengan ajaran agama dan tidak melakukan perkara yang dilarang.

"Jika saya mahu baju, saya boleh minta kepada isteri pertama, jika mahu dompet boleh minta kepada isteri kedua, kasut isteri ketiga dan begitulah selanjutnya," seloroh lelaki itu.

Tambahnya lagi, kehadiran keempat-empat isterinya itu akan membantunya dalam memperjuangkan hak-hak wanita jika beliau terpilih menjadi wali kota kelak. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!