Saya akan kembali lebih kuat - Maguire

Maguire Foto: Agensi
Maguire Foto: Agensi
A
A
A

BINTANG gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Harry Maguire mengesahkan terlepas beberapa perlawanan selepas pemain perlawanan The Red Devils itu mengalami kecederaan.

Maguire yang juga tonggak benteng skuad England mengalami kecederaan itu ketika anak buah Erik ten Hag itu melakar keputusan seri tanpa jaringan semasa kunjungan ke Villa Park menentang pasukan asuhan Unai Emery pada Ahad.

Pemain kelahiran Sheffield, Selatan Yorkshire berusia 31 tahun yang memulakan karier senior bersama Sheffield United dikeluarkan semasa rehat selepas dilihat memegang betisnya pada lewat separuh masa pertama.

"Kecewa kerana mengalami kecederaan pada hujung minggu. Saya akan berada di tepian gelanggang untuk beberapa minggu.

"Tetapi saya akan kembali lebih kuat," tulis Maguire di laman media sosialnya.

Bekas pemain Hull City, Wigan Athletic menyerlah bersama Leicester City, sebelum disambar Manchester United diketepikan daripada skuad England untuk perlawanan antarabangsa, adalah pemain terbaru yang menyertai senarai kecederaan United yang semakin meningkat.

Sebagai rekod, Maguire menyertai Luke Shaw, Tyrell Malacia, Mason Mount, Leny Yoro, Alejandro Garnacho, Noussair Mazraoui dan Kobbie Mainoo dalam senarai kecederaan anak buah ten Hag.

Manchester United kini berada di kedudukan ke-14 Liga Perdana Inggeris, dengan lapan mata selepas tujuh perlawanan, permulaan paling teruk dalam satu musim dalam era saingan teratas kelab England berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Red Devils selepas ini akan berdepan Brentford di Stadium Old Trafford pada 19 Oktober sebelum ke Stadium Sukru Saracoglu yang mampu memuatkan kapasiti 50,530 penonton, berdepan kelab Turkiye, Fenebache dalam aksi Liga Europa, 25 Oktober.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!