Lelaki buka zip seluar buat aksi tak senonoh dalam kedai diburu

Seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral dalam premis serbaneka di Subang Bestari, Isnin lalu, diburu polis.
Seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral dalam premis serbaneka di Subang Bestari, Isnin lalu, diburu polis.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh dan bermoral dalam premis serbaneka di Subang Bestari, di sini, pada Isnin, diburu polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, satu laporan telah diterima pada jam 1.24 petang oleh remaja perempuan berusia 18 tahun.

Katanya, remaja itu menyatakan semasa dia berada di dalam premis bersama rakan, datang seorang lelaki dan duduk di meja berhadapannya.

"Suspek telah membuka zip seluar dan melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Akibat kejadian itu, remaja berkenaan dan rakannya telah keluar dari premis terbabit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, orang ramai juga boleh salurkan maklumat kepada Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Darul Salam Mohamed di talian 013-4519575 bagi membantu siasatan.

"Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang perbuatan tidak bermoral sehingga menjejaskan ketenteraman awam terutama kepada masyarakat umum," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!