Bubbles O2 terus taja Le Tour de Langkawi 2024

Kereta Cavalvade Bubbles O2 ketika menyertai sesi ‘fl ag o ’ peringkat kelima Le Tour de Langkawi 2024 dari Kuala Lumpur ke Melaka pada Khamis.
Kereta Cavalvade Bubbles O2 ketika menyertai sesi ‘fl ag o ’ peringkat kelima Le Tour de Langkawi 2024 dari Kuala Lumpur ke Melaka pada Khamis.
A
A
A
Pengeluar air mineral jenama BubblesO2, Bubbles O2 Sdn Bhd (Bubbles O2) meneruskan tajaan Le Tour de Langkawi untuk tahun kedua berturut- turut sebagai sokongan mereka kepada industri sukan di negara ini.

Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Arifin berkata, pihaknya memberi penajaan kepada Le Tour de Langkawi 2024 yang meliputi sokongan kewangan serta tajaan air mineral beroksigen semula jadi BubblesO2 kepada pihak terlibat termasuk atlet-atlet bagi acara berbasikal tersebut.

Menurutnya, ia bukan kali pertama Bubbles O2 bekerjasama dan menjadi penaja dalam aktiviti sukan di negara ini memandangkan sebelum ini pernah menaja beberapa program dan institusi kesukanan yang lain antaranya Majlis Sukan Negara (MSN) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia.

“Kami sangat aktif dalam penajaan aktiviti sukan kerana saya percaya kerjasama yang dilakukan ini adalah peluang untuk mendekati dan berhubung dengan peminat-peminat sukan terutamanya dalam berbasikal.

Arifin dan Ain Azizah bersama pemenang ‘Most Combative Rider’ semasa peringkat kelapan LTdL 2024 di Bintulu.
Arifin dan Ain Azizah bersama pemenang ‘Most Combative Rider’ semasa peringkat kelapan LTdL 2024 di Bintulu.



Selain mempromosikan gaya hidup sihat kepada rakyat Malaysia kami juga dapat memperkenalkan produk Bubbles O2 kepada para pengunjung di setiap lokasi.

“Apatah lagi Le Tour de Langkawi 2024 melibatkan penyertaan daripada pelumba dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi ‘flag off’ peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dari Kuala Lumpur ke Melaka yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Pengerusi Eksekutif Bubbles O2, Arifin Marzuki.

Artikel Berkaitan:


Arifin, Ain Azizah dan pasukan Cavalcade dilihat memakai baju yang ditaja oleh Bubbles O2 di hadapan kereta Cavalcade Bubbles O2.
Arifin, Ain Azizah dan pasukan Cavalcade dilihat memakai baju yang ditaja oleh Bubbles O2 di hadapan kereta Cavalcade Bubbles O2.



Perlumbaan LTdL 2024 telah bermula di Langkawi untuk Peringkat 1, diikuti Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth, Taiping ke Cameron Highlands (Peringkat 3), Kuala Kubu Baru ke Bentong (Peringkat 4), Kuala Lumpur ke Melaka (Peringkat 5), Batu Pahat ke Kulai (Peringkat 6), Miri ke Bintulu (Peringkat 7) dan Bintulu (Peringkat 8).

Tambah Ain Azizah, Bubbles O2 merupakan penaja rasmi bagi anugerah ‘Most Combative Rider’ yang akan dianugerahkan kepada seorang pelumba bagi setiap peringkat.

“Anugerah ‘Most Combative Rider’ ini diberikan kepada pelumba yang menunjukkan semangat juang yang tinggi, keberanian yang luar biasa serta ketabahan dan semangat kerja berpasukan yang kuat sepanjang perlumbaan,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu, Bubbles O2 kini dalam proses melebarkan sayap lebih luas di peringkat antarabangsa apabila bakal berada dalam pasaran beberapa negara antaranya Indonesia, Afrika Selatan dan Eropah.

AIN AZIZAH
AIN AZIZAH



“Sebenarnya kami telah berjaya memasarkan air BubblesO2 ini ke luar negara seperti Brunei, Dubai dan Amerika Syarikat dan alhamdulillah sekarang akan dikembangkan ke tiga benua lagi.

“Misi kami di Bubbles O2 adalah untuk terus kongsikan kelebihan dan kebaikan BubblesO2 dan berharap agar usaha kami akan berjaya untuk memperkenalkan produk tempatan ke seluruh dunia,” ujarnya.

Bubbles O2 promosi air mineral melalui CSR

Sementara itu, Ain Azizah berkata, selain menaja LTdL, pada masa yang sama, Bubbles O2 juga melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan air mineral kepada lima keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan pengakhiran bagi lapan lokasi.

“Mereka telah menerima hampir 1,000 botol BubblesO2 untuk dijadikan minuman harian. Mungkin CSR yang kami lakukan ini hanyalah sedikit, namun ia akan menjadi pemangkin semangat untuk kami terus menggerakkan kerja-kerja seperti ini sekali gus memperkenalkan lagi produk kami,” katanya ketika ditemui di peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) di MITC Ayer Keroh, pada Khamis.

Para atlet LTdL seperti Arvid de Kleijn dari Tudor Pro Cycling Team (baju hitam) dilihat menikmati BubblesO2 semasa sesi sidang media sedang dijalankan selepas perlumbaan tamat.
Para atlet LTdL seperti Arvid de Kleijn dari Tudor Pro Cycling Team (baju hitam) dilihat menikmati BubblesO2 semasa sesi sidang media sedang dijalankan selepas perlumbaan tamat.



Menurutnya, langkah itu bukan sahaja memberikan peluang kepada Bubbles O2 menyokong LTdL, malah pihaknya dapat berbakti kepada komuniti setempat yang menjadi lokasi acara sukan antarabangsa itu.

“Program LTdL ini menjadi medium kami untuk memperluaskan jenama air mineral beroksigen BubblesO2 ke peringkat antarabangsa selain menggalakkan gaya hidup sihat melalui bersukan,” katanya.

Jelasnya, pelbagai program menarik telah diadakan di Melaka seperti jualan air mineral, bahagian interaktif dan hadiah cenderahati kepada pengunjung bertuah.

“BubblesO2 menerima sambutan yang positif daripada pengunjung walaupun cuaca panas sepanjang program berlangsung.

“Kami berkesempatan berkongsi informasi mengenai kepentingan hidrasi. Selain itu, gerai jualan kami turut menawarkan permainan dan promosi produk,” katanya.

Tambahnya, kerjasama dan penajaan tersebut tidak akan terhenti di sini malah akan meneruskan tajaan antaranya dalam Penganjuran MotoGP di Sepang tidak lama lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!