Berhalter barakan Chicago Fire

Berhalter - Foto: Agensi
Berhalter - Foto: Agensi
A
A
A

BEKAS pengendali skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS), Gregg Berhalter dilantik ketua jurulatih dan pengarah bola sepak Chicago Fire, kata kelab Liga Bolasepak Utama (MLS).

Berhalter, yang dipecat pada Julai selepas AS mengalami penyingkiran awal yang memalukan di laman sendiri pada Copa America secara rasmi akan memulakan peranan baharunya dengan Fire selepas berakhir saingan MLS 2024.

Perkembangan itu menyaksikan Berhalter kembali ke saingan MLS yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengendali dan pengarah sukan Columbus Crew dari 2013 hingga 2018 mengetuai kelab itu ke playoff dalam empat daripada lima musim termasuk kempen Piala MLS pada 2015.

"Selepas carian yang teliti dan terperinci termasuk menilai beberapa calon yang luar biasa, jelas bahawa Gregg Berhalter adalah pilihan tepat mengetuai operasi Chicago Fire...

"Pencapaian di pentas MLS sebelum ini, di mana dia memacu perkembangan dan pengalamannya mengetuai pasukan kebangsaan lelaki AS sejak enam tahun lalu menjadikannya sesuai bersama visi kami untuk Chicago Fire bergerak ke hadapan," kata pemilik dan pengerusi, Joe Mansueto.

Sebagai rekod, pengendali semasa Frank Klopas akan berundur selepas perlawanan terakhir pada 19 Oktober sebelum beralih kepada peranan baharu selaku naib presiden kelab.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!