2 juta pengembara guna kod QR di BSI

MyRentas telah merekodkan hampir dua juta transaksi pergerakan dan berjaya mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas pada waktu puncak dari 120 minit kepada 15 minit - Foto: FB Fadillah Yusof
MyRentas telah merekodkan hampir dua juta transaksi pergerakan dan berjaya mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas pada waktu puncak dari 120 minit kepada 15 minit - Foto: FB Fadillah Yusof
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penggunaan kod QR My Rentas di kaunter pelepasan membabitkan pintu sempadan Malaysia dan Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bermula 1 Jun lalu merekodkan hampir dua juta pengembara yang menggunakannya.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Jati Jana (M) Sdn Bhd, Azril Rizal Abdullah berkata, transaksi pergerakan yang direkodkan itu berjaya mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas yang berulang alik pada waktu puncak dari 120 minit sebelum ini kepada hanya 15 minit.

"Berdasarkan data statistik yang diperoleh, purata penggunaan MyRentas adalah 1:29, iaitu nisbah seorang pengguna menggunakan MyRentas sebanyak 29 kali sejak sistem ini diperkenalkan.

"MyRentas berjaya memendekkan masa pelepasan antara 30 hingga 45 saat kepada kurang dari lima saat untuk seorang pengguna.

"Sepanjang pelaksanaan pengujian di BSI, MyRentas telah merekodkan hampir dua juta transaksi pergerakan dan berjaya mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas pada waktu puncak dari 120 minit kepada 15 minit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 1 Jun lalu, Jabatan Imigresen (JIM) melancarkan MyRentas, iaitu sistem kod QR rentas sempadan ke Singapura, sebuah inisiatif proaktif jabatan itu bagi menangani masalah kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura terutama di BSI yang terletak di pusat bandaraya.

Aplikasi My Rentas yang digunakan di BSI Johor Bahru memudahkan pengembara Malaysia-Singapura. - Foto: MyRentas
Aplikasi My Rentas yang digunakan di BSI Johor Bahru memudahkan pengembara Malaysia-Singapura. - Foto: MyRentas

Sistem yang diberi lanjutan tempoh percubaan tiga bulan bermula September lalu itu, adalah antara inisiatif transformasi digital Jabatan Imigresen bagi memudahkan rakyat Malaysia yang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura setiap hari, sebahagian besarnya untuk bekerja

Artikel Berkaitan:

Buat masa ini, MyRentas hanya boleh digunakan oleh pengguna bas warga Malaysia di pintu masuk BSI dengan aplikasi berkenaan boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Android Play Store.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fasa pertama bagi percubaan kod QR ini akan berlangsung tiga bulan sebelum ia diperluaskan kepada pengguna kenderaan persendirian pada fasa kedua; rakyat Singapura (fasa ketiga) dan selepas itu warganegara lain

Pengenalan penggunaan kod QR di BSI dan KSAB itu akan menjadi 'game changer' dalam menangani kesesakan di dua pintu keluar masuk Malaysia-Singapura itu.

Dalam pada itu, Azril Rizal berkata, tempoh fasa pengujian daya maju atau Proof of Concept (POC) keberkesanan pemeriksaan Imigresen menggunakan kod QR di pintu masuk BSI dan KSAB, di sini, dilanjutkan sehingga November ini.

Katanya, lanjutan tempoh pengujian itu bertujuan membolehkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Jabatan Imigresen, melihat secara lebih mendalam keberkesanan sistem berkenaan dalam mempercepatkan proses pelepasan imigresen di pintu sempadan Malaysia-Singapura.

"Sistem MyRentas menggunakan teknologi kod QR dengan ciri-ciri keselamatan seperti pengecaman wajah, pengesanan bagi memastikan individu yang mengakses sistem bukan gambar, video atau objek tiruan (liveness detection) dan kod QR dinamik untuk memastikan identiti pengguna yang layak sahaja dapat menggunakan kemudahan berkenaan.

"Kod QR yang dijana oleh sistem MyRentas juga mematuhi piawaian ISO/IEC 18004, piawaian antarabangsa untuk format kod QR," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!