Gangguan air paip pecah Hub Pasar Seni pulih sepenuhnya

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kawasan terjejas gangguan air tidak berjadual susulan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Hub Pasar Seni telah menerima bekalan air sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan air pulih pada jam 9 pagi Rabu, empat jam awal dari tempoh yang sepatutnya.

"Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua kawasan-kawasan terjejas berikutan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Hub Pasar Seni, Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa Air Selangor memaklumkan, beberapa kawasan ibu kota mengalami gangguan air tidak berjadual bermula 6 pagi Selasa dan dijangka pulih sepenuhnya jam 1 petang, Rabu.

Antara kawasan terjejas ialah Apartmen Putra Ria, Brickfields, Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Persekutuan dan Bukit Tunku.

Turut terlibat Damansara Heights, Damansara Town Centre, Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, Taman Tunku, Kuala Lumpur Central, Parlimen, Taman Bandaraya, Taman Duta dan Taman Lucky.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!