Kena berfikir luar kotak elak kesesakan trafik - Ahmad
SHAH ALAM - Orang ramai boleh mengelak kesesakan jalan raya pada musim perayaan dan cuti umum dengan merancang perjalanan termasuk membiasakan diri menggunakan pengangkutan awam.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, statistik menunjukkan kesesakan jalan raya akan berlaku pada cuti umum bertindih, termasuk cuti perayaan berikutan ramai warga kota yang akan pulang ke kampung di seluruh negara.
Menurutnya, terdapat 34 juta kenderaan yang berdaftar dengan populasi penduduk negara juga seramai 34 juta orang.
“Ya, statistik ini kebetulan sama, makna macam setiap orang ada satu kenderaan, jadi untuk mengelak kesesakan kita kena berfikir di luar kotak.
“Cuba kita cuti masa orang tidak bercuti, kita mulakan perjalanan pada subuh atau malam. Kalau cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad mungkin kita boleh mulakan perjalanan pada pagi Khamis dan pulang petang Isnin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Sinar edisi 459 bertajuk Kesesakan lebuh raya musim cuti: Apa penyelesaiannya? yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
Program itu dikendalikan Dr Noor Nirwandy Mat Noordin sebagai moderator dan turut disertai dua panelis lain iaitu Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Sazali Harun dan Pengasas atau Pengarang Electronikar, Shamsul Yunos.
Beliau berkata, selain LLM, kesemua 33 pengendalo pengendali konsesi lebuh raya sentiasa memikirkan kaedah terbaik bagi mengelak mengurangkan kesesakan di lebuh raya.
“Antaranya memperkenalkan, Smart Lane serta Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang membolehkan orang ramai membayar tol mengguna kad kad debit atau kredit.
“Malah PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut melancarkan aplikasi digital dikenali MyPLUS-TTA bagi kemudahan pengguna lebuh raya merancang perjalanan semasa musim perayaan, namun sayangnya hanya 30 peratus sahaja yang menggunakan perkhidmatan ini,” ujarnya.
Tambah beliau, bagi pengangkutan awam seperti perkhidmatan kereta api, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan terbaru sedang dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan turut membantu mengurang kesesakan.
“Orang ramai juga boleh pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan penerbangan yang lazimnya menawarkan tambang murah pada waktu cuti perayaan. Orang ramai juga digalakkan untuk merujuk kepada cctv LLM yang memaparkan keadaan lalu lintas lebuh raya secara realtime di pautan www.llm.gov.my dan pilih PAPARAN CCTV LEBUH RAYA sebelum memulakan perjalanan atau sebelum memasuki sesebuah lebuh raya.
Kebitaraan inovasi mampu atasi kesesakan
Sementara itu Ahmad berkata, negara bakal menggunakan kaedah moden bagi mengatasi kesesakan menerusi teknologi kebitaran inovasi dalam satu-satu pembinaan dan penyelengaraan lebuh raya.
Beliau mengambil contoh lebuh raya di Korea Selatan yang mempunyai empat lorong kanan dan kiri serta dua lorong tengah.
“Lorong tengah itu mempunyai panel solar yang menutup dan melindungi penunggang basikal, panel solar berfungsi menghidupkan lampu pada waktu malam.
“Inovasi di lebuh raya khususnya di laluan keluar membolehkan kita makan, berehat dan sebagainya,” katanya.
Seperti ahli-ahli dewan rakyat yang sedia maklum, MYJalan A-Team merupakan satu inisiatif penjenamaan di bawah Program MYJalan yang memberikan ‘visibility’ atau ‘exposure’ terhadap pasukan penyenggaraan KKR dan Agensi dalam menyediakan perkhidmatan. Inisiatif penjenamaan ini dilaksanakan dalam usaha merealisasikan hasrat YB Menteri Kerja Raya bahawa ‘Works Have To Be Seen Done’ di mana budaya bekerja secara ‘Silo’ harus dihapuskan dan pendekatan ‘Whole Government Approach’ harus diketengahkan dalam usaha penyediaan infra rakyat yang kondusif dan selamat. Dengan penggunaan pelekat kenderaan MYJalan A-Team meluas di kenderaan-kenderaan penyenggaraan KKR dan Agensi dan jugak pihak konsesi, ini dapat memberikan optik yang positif terhadap tindakan-tindakan pemantauan dan penyenggaraan jalan yang dijalankan.
Tambah Ahmad, terdapat laluan keluar lebuh raya yang perlu diperbaiki contohnya Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dari Seremban yang sering sesak.
“Kita juga akan perbanyakkan Rest Service Area (RSA) seperti di Seremban ke arah Selatan yang mempunyai lapan stesen untuk cas ‘electric vehicle’ (EV). Kemudahan di RSA lebih baik berbanding Kawasan Rawat dan Rehat (R&R).
“PLUS juga sedang melaksanakan projek lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua bagi menyuraikan kesesakan yang berlaku di Pulau Pinang khususnya di kawasan Perai,” tambah beliau.
Mustahil kerajaan hendak mansuhkan tol
Dalam perkembangan lain, Ahmad menjelaskan kerajaan memerlukan kos berjumlah RM450 bilion sekiranya mahu menghapuskan tol di negara ini.
Beliau berkata, jumlah itu menyamai melebihi belanjawan tahunan negara yang diagihkan kepada 28 kementerian.
Menurutnya, kerajaan tidak mampu mengeluarkan belanja sebesar itu untuk mengambil alih 33 konsesi tol.
“Bajet tahun 2024 adalah RM398.3 bilion, justeru perkara itu (penghapusan tol) tidak mungkin berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, menurut beliau, kerajaan baru-baru ini telah melaksana pemberian tol percuma ketika musim perayaan.
“Tol percuma itu tujuannya untuk kurangkan kesesakan menggalakkan pengguna mulakan perjalanan di luar waktu kesesakan. Tol percuma itu menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pada konsesi sebanyak RM20 juta sehari,” katanya.
Lebuhraya Pan Borneo hampir siap sepenuhnya
Manakala bagi perkembangan Lebuhraya Pan Borneo (LPB), Ahmad berkata Sarawak sudah mencapai 99 peratus siap, manakala di Sabah pula 79 peratus siap.
Ujarnya, berbanding dengan Semenanjung, LPB Sabah dan Sarawak dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat tanpa perlu membayar tol.
“LPB Sabah baru diberikan surat setuju terima minggu lepas oleh Menteri Kerja Raya untuk pakej 1B yang diputuskan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada kontraktor.
“Keseluruhan LPB Sabah bagi Pakej 1A dan 1B bernilai RM26.6 bilion yang menghubungkan sempadan Brunei melalui Semporna hingga ke Tawau,” katanya.
Selain itu, beberapa projek pembesaran lebuh raya dari empat lorong kepada enam lorong termasuk dari Senai Utara hingga ke Yong Peng Utara juga dalam proses untuk disiapkan.
“Laluan ke Pantai Timur Central Spine Road (CSR) tanpa tol juga sedang dibina bagi menghubungkan Kota Bahru, Kuala Krai hingga Gua Musang di mana dari Gua Musang hingga Bentong sudah disiapkan,” ujarnya.
Jelasnya, Highway Network Development Plan (HNDP) 2030 sentiasa menjadi asas kepada kerajaan untuk memantapkan jaringan lebuh raya yang ada.
“Sebagai contoh, untuk mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kini dibina pula Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE)”.
“Ia meliputi lebuh raya Banting -SKVE 11 kilometer (km), New North Klang Straight Bypass (NNKSB)- Kapar (9.7 Km); Hutan Melintang - Teluk Intan (19.1km); Kampung Lekir-Changkat Cermin (28km); Changkat Cermin-Beruas (16.6 km); Beruas-Taiping Selatan (35.5km) dan Banting ke Taiping adalah laluan alternatif lebuh raya utara-selatan itu menerusi WCE,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!