Kebun pisang, durian musnah diserang gajah liar

Keadaan kebun pisang dan pagar kawasan tanamannya yang rosak akibat serangan haiwan liar tersebut.
Keadaan kebun pisang dan pagar kawasan tanamannya yang rosak akibat serangan haiwan liar tersebut.
A
A
A

TEMERLOH - Bekas ketua pengarang berita sebuah syarikat televisyen swasta, Khaidir Ahmad, 62, mengalami kerugian kira-kira RM20,000 selepas kebun pisang dan durian miliknya di Kampung Durian Tikus dekat Lebak di sini musnah 'dikerjakan' gajah liar pada Selasa.

Menurutnya, kejadian kali pertama itu mengejutkannya kerana serangan haiwan liar itu didakwa kali terakhir berlaku puluhan tahun lalu.

"Sejak lahir, belum pernah gajah sampai ke kawasan ini yang terletak hanya 200 meter dari kawasan perumahan Taman Seri Lebak.

"Kali terakhir serangan gajah liar di kawasan kampung ini sudah berpuluh tahun lalu..itu pun jaraknya lebih satu kilometer dari rumah saya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kebun itu memiliki keluasan kira-kira 1.6 hektar yang dibeli oleh anak-anaknya sejak dua tahun lalu.

Jelasnya, selain pisang dan durian, tanaman napier serta pagar kawasan kebunnya turut rosak akibat serangan gajah yang dipercayai lebih daripada dua ekor gajah berdasarkan kesan ditemui.

Katanya, laporan telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan operasi tangkapan haiwan liar itu akan dilakukan pada malam Rabu.

"Memang berharap agar gajah itu segera ditangkap dan dipindahkan kerana risau dengan keselamatan keluarga memandangkan kebun dan jarak rumah hanya 100 meter.

Artikel Berkaitan:

"Saya anggap ini dugaan, ujian buat saya selepas Ramadan tahun lalu, kebun ini juga hampir lumpuh akibat kemarau panjang yang menyebabkan 90 peratus daripada 180 pokok durian dan 500 pokok pisang mati kekeringan," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!