Ketua sindiket diberkas, dadah bernilai RM5 juta dirampas

Seramai tujuh individu termasuk ketua sindiket pengedaran dadah diberkas secara berasingan di ibu kota dan Muar, Johor pada Sabtu.(Gambar hiasan)
Seramai tujuh individu termasuk ketua sindiket pengedaran dadah diberkas secara berasingan di ibu kota dan Muar, Johor pada Sabtu.(Gambar hiasan)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh individu termasuk ketua sindiket pengedaran dadah diberkas secara berasingan di ibu kota dan Muar, Johor pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM5 juta.

Menurutnya, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan dua lelaki yang berperanan sebagai 'transporter' berusia 45 dan 48 tahun di kawasan parkir sebuah residensi, di sini pada jam 11 45 pagi.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta jenis Proton X50 dan Proton Waja menemui syabu seberat 71.26 kilogram," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Kok Chin berkata, pihaknya kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 34 tahun berperanan sebagai 'runner' di kawasan parkir residensi sama.

"Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta Toyota Prodo dalam serbuan ketiga di kawasan parkir sebuah apartment di ibu kota, kita merampas syabu seberat 40.69 kilogram dan ketamin 19.49 kilogram," katanya.

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand berusia 42 dan 46 tahun pada jam 1.43 tengah hari di Kampung Rawang, Muar, Johor.

"Kita merampas heroin seberat 138 gram, 30 biji pil erimin 5 dan empat biji pil ekstasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, serbuan terakhir polis memberkas ketua sindiket dan seorang wanita warga Thailand berusia 42 dan 46 tahun di sebuah kondominium di Muar.

"Kita merampas syabu seberat 19.19 gram dan 30 biji pil erimin 5," katanya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket yang aktif sejak awal tahun itu adalah menggunakan kondominium mewah sebagai stor.

"Kita turut menyita tiga buah kenderaan jenis Honda City, Volkswagen Golf dan Honda CRV, wang tunai RM61,000, barang kemas serta jam tangan," katanya.

Beliau berkata, saringan awal air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

"Semakan rekod mendapati lima suspek mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek díreman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta sama," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!