Rumah, empat kenderaan musnah dalam kebakaran

Sebuah rumah, dua buah kereta dan dua buah motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Kasawari, Simpang Ampat di Nibong Tebal pada malam Selasa.
Sebuah rumah, dua buah kereta dan dua buah motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Kasawari, Simpang Ampat di Nibong Tebal pada malam Selasa.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Sebuah rumah di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini musnah dalam kebakaran pada jam 10 malam, Selasa.

Dua buah kereta iaitu Proton Saga dan BMW serta dua buah motosikal jenis Honda RS150 dan Honda EX5 turut musnah dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hairi Fadzil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 malam.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C dengan anggaran keluasan 60x60 kaki persegi. Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 90 peratus.

"Kebakaran turut melibatkan dua buah kereta dan dua buah motosikal. Proton Saga musnah 70 peratus, BMW 80 peratus manakala dua buah motosikal musnah 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, kebakaran telah dapat dipadamkan dan kerja-kerja 'overhaul' juga dijalankan.

"Operasi pemadaman turut dibantu oleh BBP Batu Kawan dan pasukan bomba sukarela berhampiran.

Artikel Berkaitan:

"Lokasi diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!