Pekerja cium doh roti dipecat serta-merta

Gambar pekerja Auntie Anne's Mid Valley Megamall mencium doh roti tular di media sosial.
Gambar pekerja Auntie Anne's Mid Valley Megamall mencium doh roti tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Auntie Anne's cawangan Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur ditutup sementara untuk proses nyah kuman dan pembersihan menyeluruh selepas video dan gambar tular menunjukkan seorang pekerjanya mencium serta bermain dengan doh roti.

Auntie Anne's Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pekerja terbabit turut dipecat serta-merta susulan insiden itu.

Dalam kenyataan itu, Auntie Anne's Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden berkenaan.

“Dia (pekerja) diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini ramai netizen yang berkongsi video dan foto pekerja berkenaan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan.

Auntie Anne’s ialah rangkaian kedai pretzel francais dari Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Anne F Beiler dan suaminya, Jonas pada tahun 1988 dan sehingga kini ia mempunyai lebih daripada 1,200 kedai di Malaysia di pelbagai lokasi termasuk di Midvalley.

Auntie Anne's Malaysia memberitahu, Auntie Anne'sMid Valley Megamall akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan.

Tegas mereka, Auntie Anne’s Malaysia komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan.

Artikel Berkaitan:

“Kami tidak membenarkan atau bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang menjejaskan piawaian ini.

“Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami pada masa ini. Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!