UEM Edgenta kukuhkan pemahaman integriti dalaman, luaran

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin (empat dari kiri) bersama Faizatul Farhah (tiga dari kanan).
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin (empat dari kiri) bersama Faizatul Farhah (tiga dari kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) menyasar mengukuhkan pemahaman integriti di dalam organisasi secara dalaman dan luaran.

Ketua Jabatan Risiko, Integriti dan Pematuhannya, Faizatul Farhah Ghazali berkata, ia bertujuan untuk memperkenalkan reputasi organisasi dan rakan kongsi, Rasuah Busters sebagai sebuah badan yang menyokong inisiatif kerajaan untuk membanteras rasuah.

Faizatul Farhah membentangkan mengenai organisasi kepada wakil LI Cambodia di Menara UEM, Bangsar South pada Rabu.
Faizatul Farhah membentangkan mengenai organisasi kepada wakil LI Cambodia di Menara UEM, Bangsar South pada Rabu.

“Kita kukuhkan terlebih dahulu pemahaman integriti kakitangan, kemudian baru bawa keluar elemen atau contoh rasuah kepada golongan luaran.

“Ini memberikan pendedahan yang jitu terhadap pekerja lebih memudahkan dan senang diserap berbanding merapatkan hubungan dengan organisasi luar,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan wakil Transparency International (TI) Cambodia ke Menara UEM, Bangsar South, di sini.

Lawatan berkenaan bertujuan untuk pihak TI Cambodia memahami fungsi integriti yang ditubuhkan oleh sesebuah syarikat.

Tambah Faizatul Farhah, UEM Edgenta bakal mengukuhkan integrasi dan memberikan sokongan yang diperlukan oleh Rasuah Busters bagi meningkatkan penyertaan dalam menyampaikan kesedaran kepada komuniti.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ia berkemungkinan berbentuk wang ringgit atau penglibatan organisasi tersebut untuk memberikan kesedaran integriti dalam peringkat dalaman mahupun luaran.

“Jadi dalam platform lain, kita masukkan juga elemen-elemen anti-rasuah ini sebab itu kita panggil Rasuah Busters untuk lebih mendekati.

“Ia bukan sahaja melibatkan persaudaraan, malah mereka yang mengamalkan anti-rasuah juga untuk profesion tadbir urus seperti pengurus risiko atau insurans,” katanya.

Selain itu, menurut Faizatul Farhah, penglibatan Rasuah Busters dalam program lawatan berkenaan sebagai inisiatif untuk memberikan gambaran yang menyeluruh kepada peserta TI Cambodia.

Ujarnya, pemahaman dari segi perspektif dalaman yang dilakukan Rasuah Busters akan menjadi pelengkap organisasi tersebut.

“Jadi, untuk badan bukan kerajaan (NGO), perspektif bagaimana kita bekerjasama untuk perniagaan sokong agenda kerajaan dalam meningkatkan kesedaran integriti dan pematuhan undang-undang anti-rasuah ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!