Sultan Selangor titah tubuh jawatankuasa pulih kanak-kanak GISBH

Sultan Selangor (tengah) berkenan menerima menghadap Mohammad Fahmi (kanan) dan Salehuddin (kiri) di Istana Bukit Kayangan di sini.
Sultan Selangor (tengah) berkenan menerima menghadap Mohammad Fahmi (kanan) dan Salehuddin (kiri) di Istana Bukit Kayangan di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menitahkan satu jawatankuasa dibentuk bagi menghasilkan kertas kerja terperinci untuk mengenal pasti kaedah terbaik memulihkan lebih 600 kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Sultan Selangor bertitah, baginda mahu perkara itu dikendalikan dengan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana membabitkan masa depan kanak-kanak terlibat.

"Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Tuanku Sultan serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini, seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh ditetapkan," titah baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Rabu.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut menghadap, Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Setia Salehuddin Saidin.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!