Harga petrol, diesel kekal hingga 16 Oktober ini

Harga runcit bagi kesemua bahan bakar di seluruh negara kekal pada paras masing-masing bagi tempoh 10 hingga 16 Oktober ini. Gambar hiasan
Harga runcit bagi kesemua bahan bakar di seluruh negara kekal pada paras masing-masing bagi tempoh 10 hingga 16 Oktober ini. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi kesemua bahan bakar di seluruh negara kekal pada paras masing-masing bagi tempoh 10 hingga 16 Oktober ini.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter manakala 2.05 seliter bagi RON95.

"Harga runcit diesel di Semenanjung kekal pada RM2.95 dan harga di Sabah, Sarawak serta Labuan pula RM2.15 seliter," katanya.

Ujar MoF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!