Angka korban di Gaza meningkat kepada 42,010, lebih 97,720 cedera

Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas. Foto AFP.
Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas. Foto AFP.
A
A
A

GAZA - Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin terkorban manakala 130 yang lain cedera, menurut laporan perubatan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa bilangan kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,010 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 97,720 individu mengalami kecederaan.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan merentasi di kawasan konflik, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!